Saturday, April 30, 2011

Duduk Iftirash


Untuk pengetahuan semua..

Kebanyakan kita tidak mengetahui kebaikannya dari segi kesihatan. Kalau kita lihat gambarrajah reflexology dibawah, bila dalam iftirash ini, kaki kanan kita dapat tekanan di bahagian atas kaki dan kaki kiri kita dapat tekanan bawah & tengah kaki. Duduk iftirash ni memberi 'tekanan reflexology' yang menyeluruh. Tapi bagi orang yg tidak menegakkan kaki kanan, mereka hanya mendapat 'tekanan reflexology' utk sebahagian tubuh sahaja (tidak meliputi bahagian - Brain, Neck, throat, heart, voice sinus, pituitary glands, etc spt dalam gambarajah). Ini merugikan!!
 
Eloklah kita cuba duduk secara iftirash yang sempurna semoga kita dapat pahala kerana ikut sunnah dan juga kesihatan yg menyeluruh melalui 'indirect reflexology excersize' utk bahagian kritikal - brain, neck, throat, etc...

  
Iftirash
 
Didoakan agar kita semua dirahmati Allah SWT.

Dari Abu Hamid al-Sa`idi ra., katanya:

"Aku melihat Nabi Muhammad saw…..Apabila Baginda saw duduk pada rakaat yang kedua (Untuk membaca tahiyyat awal), ia duduk di atas kaki kirinya dan menegakkan kaki kanan (Duduk iftirash)….."

Hadith shohih riwayat Bukhri.

Pengajaran hadith:

1.        Disunatkan duduk iftirash pada tahiyyat pertama.

2.        Duduk iftirash juga disunatkan semasa duduk antara dua sujud dan ketika duduk istirahah iaitu duduk sesudah bangkit dari sujud yang kedua (Mustika Hadith)
3.        Amalan duduk iftirash adalah sunnah Rasul saw dan apabila kita mengamal dan menyampaikannya kepada orang lain untuk mengamalkannya adalah mendapat pahala dan keberkatan dari Allah SWT
4.        Amalan-amalan Rasul saw adalah bercahaya dan boleh mendekatkan diri seseorang kepada Allah SWT.
   

 
Selamat beramal dan menyampaikannya.

 
 




Friday, April 22, 2011

Kisah cinta Uda dan Dara

Biasa dengar cerita percintaan Uda dan Dara, Romeo dan Juliet dan sebagainya yang sanggup buat apa saja demi cinta mereka yang kononnya cinta sejati.


Ini dara, awek yang sedang mekar

Ini pula Uda, pakwe kepada dara



Mereka sedang kemaruk bercinta



Biasalah tengah kemaruk bercinta. Mereka tak endahkan pesanan Sohaimi Mior Hassan – . .jangan pegang-pegang, duduk renggang-renggang.Pergi clubbing setiap malam



Mamat ini pula ialah Sumardi iaitu kawan kepada Uda yang jeles melihat kawannya bergembira.



Sumardi sudah report kepada ayah si dara. Ayah si dara hangin satu badan tidak merestui percintaan mereka..



Kerana ayahnya sudah ada calonnya sendiri iaitu si Ajoi anak orang kaya tetapi merupakan samseng Kg Dusun.



Ayahnya terus mengahwinkan Dara dengan Ajoi



Uda frust giler dan mengikut kata syaitan dan membuat keputusan bodoh, membunuh diri



Si Dara yang tak berapa nak dara tadi pun rasa bersalah dengan kematian si Uda.

Dia pun membuat keputusan nekad juga…

:

:

:

:

:

:

:

:

Terjun ke kuali yang penuh minyak panas…



Berakhirlah riwayat mereka . Inilah kisah sadis Uda dan Dara..macam cerita drama-drama Melayu, sinetron, hindustan dan sebagainya samada nak jadikan happy ending atau sad ending dan orang-orang kita pun berair-air mata menghayati cerita ini dan memollow cerita ni setiap hari dari episod 1 hingga ke episod 49.

:
hahahahahaha...sori klu tergurau

Tuesday, April 19, 2011

ALAMAT INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM

Pertanyaan lanjut, sila hubungi Pejabat Pendaftaran IPTA seperti berikut :

UPSI
Pendaftar
Bahagian Akademik
Universiti Pendidikan Sultan Idris
35900 Tanjung Malim
Perak
Tel     : 05-4506000
Faks  : 05-4582670
Emel : -
Web  :
http://www.upsi.edu.my/

UTHM
Timbalan Pendaftar Kanan
Pejabat Pengurusan Akademik
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
86400 Parit Raja, Batu Pahat
Johor
Tel     : 07-4537681/ 7655/ 7687/              7689/ 7694/ 7696
Faks  : 07-4536085

Emel : pa@uthm.edu.my
Web  :
http://www.uthm.edu.my/

UTeM
Bahagian Pengurusan Akademik
Pejabat Pendaftar
Universiti Teknikal Malaysia Melaka
Karung Berkunci 1200
Hang Tuah Jaya
75450 Ayer Keroh
Melaka
Tel     : 06-2332252/ 2237/ 3305/              3308
Faks  : 06-2333307

Emel : bpa@utem.edu.my
Web  :
http://www.utem.edu.my/

UDM
Pendaftar
Bahagian Akademik
Universiti Darul Iman Malaysia
Kampus KUSZA
Gong Badak
21300 Kuala Terengganu
Terengganu Darul Iman
Tel     : 09-6664466/ 4570
Faks  : 09-6662566/ 4063
Emel : mdzamrie@udm.edu.my
Web  :
http://www.udm.edu.my/

UiTM
Ketua
Bahagian Pengambilan Pelajar
Pusat Inovasi
Universiti Teknologi MARA
40450 Shah Alam
Selangor
Tel     : 03-55443164/ 3165/              3166/ 3174/ 3175
Faks  : 03-55443170

Emel : bpp@salam.uitm.edu.my
Web  :
http://www.uitm.edu.my/

UMT
Bahagian Akademik
Aras 1, Bangunan Canselori dan Pentadbiran
Universiti Malaysia Terengganu
21030 Kuala Terengganu
Terengganu
Tel     : 09-6684219/ 4532/ 4467/              4141
Faks  : 09-6684143

Emel : akademik@umt.edu.my
Web  :
http://www.umt.edu.my/

UMS
Timbalan Pendaftar
Bahagian Perkhidmatan Akademik
Aras 3, Blok Utara, Bangunan Canselori
Universiti Malaysia Sabah
Beg Berkunci 2073
88999 Kota Kinabalu
Sabah
Tel     : 088-320213
Faks  : 088-320361
Emel : -
Web  :
http://www.ums.edu.my/

UMP
Bahagian Pengurusan Akademik
Kompleks Perkhidmatan Siswa
Universiti Malaysia Pahang
Karung Berkunci 12
25000 Kuantan
Pahang Darul Makmur
Tel     : 09-549 2550/ 2557
Faks  : 09-549 2555
Emel : -
Web  :
http://www.ump.edu.my/

UKM
Timbalan Pendaftar
Bahagian Pengurusan Akademik
Jabatan Pendaftar
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 Bangi
Selangor
Tel     : 03-89214126/ 5041/ 5336
Faks  : 03-89250662
Emel : akad@ukm.my
Web  :
http://www.ukm.my/
UMK
Pendaftar
Bahagian Pengurusan Akademik
Universiti Malaysia Kelantan
Karung Berkunci 36
16100 Kota Bharu
Kelantan
Tel     : 09-7717056/7059/7061
Faks  : 09-7717005
Emel : akademik@umk.edu.my
Web  :
http://www.umk.edu.my/

UM
Timbalan Pendaftar
Bahagian Akademik, Jabatan Pendaftar
Universiti Malaya
50603 Kuala Lumpur
Tel     : 03-79673279/ 3440/ 3441
Faks  : 03-79673449
Emel : skr@um.edu.my
Web  :
http://www.um.edu.my/

UPM
Pendaftar
Bahagian Akademik
Universiti Putra Malaysia
43400 Serdang
Selangor
Tel     : 03-89466000/ 6059/ 6060
Faks  : 03-89426469
Emel : pengambilan@putra.upm.edu.my
Web  :
http://www.akademik.upm.edu.my/

USIM
Pendaftar
Bahagian Akademik
Universiti Sains Islam Malaysia
Bandar Baru Nilai
71800 Nilai
Seremban
Tel     : 06-7988000/ 8325/ 8328
Faks  : 06-7988334
Emel : akademik@usim.edu.my
Web  :
http://www.usim.edu.my/
       UNIMAP
Pendaftar
Jabatan Pendaftar
Bahagian Pengurusan Akademik
Unit Kemasukan dan Rekod Pelajar
Universiti Malaysia Perlis
Tingkat 1, Bangunan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
Jalan Bukit Lagi
01000 Kangar
Perlis
Tel     : 04-9798701/ 8702/ 8706/              8008
Faks  : 04-9798703

Emel : -
Web  :
http://www.unimap.edu.my/

USM
Timbalan Pendaftar
Unit Kemasukan & Pengambilan
Aras 2, Bahagian Pengurusan Akademik
Jabatan Pendaftar
Universiti Sains Malaysia
11800 Minden
Pulau Pinang
Tel     : 04-6533329/ 3059/ 3141/              2688/ 3327/ 3478
Faks  : 04-6533328

Emel : -
Web  :
http://www.usm.my/

UTM
Pendaftar
Bahagian Pengurusan Akademik
Unit Kemasukan Dan Rekod
Universiti Teknologi Malaysia
81310 Skudai
Johor Darul Takzim
Tel     : 07-5533333
Faks  : 07-5581791
Emel : upa@utm.my
Web  :
http://www.utm.my/

UUM
Pengarah
Jabatan Hal Ehwal Akademik
Universiti Utara Malaysia
06010 Sintok
Kedah Darul Aman
Tel     : 04-9283174/ 3108/ 3168/              3103
Faks  : 04-9283115/ 3109

Emel : -
Web  :
http://www.uum.edu.my/

UNIMAS
Pendaftar
Bahagian Pengajian Prasiswazah
Aras G, Bangunan Canselori
Universiti Malaysia Sarawak
94300 Kota Samarahan
Sarawak
Tel     : 082-581000 samb 1088/              1049/1050
Faks  : 082-581048

Emel : ukp@unimas.my
Web  :
http://www.unimas.my/

UIAM
Pengarah
Bahagian Kemasukan dan Rekod
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
P.O. Box 10
50728 Kuala Lumpur
Tel     : 03-61964000/ 4040/ 3019/              4047
Faks  : 03-61964724

Emel : -
Web  :
http://www.iiu.edu.my/

UPNM
Pendaftar
Jabatan Kemasukan dan Rekod
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
Kem Sungai Besi
57000 Kuala Lumpur
Tel     : 03-90512699
Faks  : 03-90512698

Emel : -
Web  :
http://www.upnm.edu.my/
Dikemaskini pada 27/12/2008

Mat Yo Ketepikan Misi Peribadi Demi Maruah

Mat Yo bersama rakan dan jurulatih

KOTA BHARU – Sama ada gelaran penjaring terbanyak atau maruah pasukan yang dicari, penjaring gol terbanyak Kelantan setakat ini, Norshahrul Idlan Talaha akhirnya mengetepikan misi peribadi dengan meletakkan kepentingan maruah pasukan Kelantan sebagai keutamaannya menjelang pertemuan menentang Perlis di Stadium Utama Negeri, Kangar, malam ini.
Justeru, selaku Penolong Ketua Pasukan Kelantan musim ini, Norshahrul Idlan atau lebih dikenali dengan panggilan ‘Mat Yo’ mahu menjadikan pertemuan menentang Perlis di malam ini medan untuk pasukan The Red Warriors mengembalikan sokongan peminat setianya setelah mempamerkan aksi hambar dalam dua perlawanan lalu.
Penyerang kebangsaan kini berkongsi kedudukan dengan penyerang Terengganu, Abdul Hadi Yahya yang meledak tujuh gol daripada 12 perlawanan sambil diekori rapat penyerang Perak, Akmal Rizal Ahmad Rakhli (enam gol) dan pemain Terengganu, Mohamad Ashaari Shamsudin (lima gol).
Norshahrul Idlan berkata, Kelantan tidak mempunyai pilihan selain perlu menumbangkan pasukan bergelar Singa Utara itu untuk kembali memberi tekanan kepada pasukan lain tatkala saingan liga kini semakin mencabar.
“Kita perlu menang dalam perlawanan ini bagi membolehkan kita terus memberi tekanan kepada tiga pasukan yang berada ditangga teratas liga. Untuk itu, amat penting bagi kita mendapatkan gol awal bagi membakar semangat rakan sepasukan yang lain,” katanya ketika ditemui Sinar Harian, semalam.
“Saya percaya, rakan-rakan yang lain sudah bersedia daripada segi mental dan fizikal bagi menghadapi pertemuan dengan Perlis ini. Sebagai seorang penyerang, keutamaan saya adalah untuk pasukan Kelantan. Soal siapa yang menjaringkan gol itu tidak penting, kerana yang lebih diutamakan ialah kemenangan pasukan Kelantan.
“Soal mencari gelaran penjaring terbanyak itu perkara nombor dua dan saya tidak mahu memikirkan lebih serius tentang perkara itu. Insya Allah, saya berjanji akan menampilkan aksi terbaik dalam perlawanan ini. Tidak beraksi dalam perlawanan lalu (menjalani penggantungan perlawanan), saya percaya tahap kecergasan saya kini lebih baik daripada rakan-rakan yang lain,” katanya.
Menurutnya, memang menjadi impian setiap pemain bergelar penyerang untuk menjaringkan gol dalam setiap perlawanan dan untuk itu beliau mengharapkan kerjasama daripada rakan sepasukan yang lain untuk membantunya merealisasikan hasrat tersebut.
“Saya berharap rakan-rakan sepasukan dapat membantu saya menjaringkan gol dalam perlawanan ini. Saya percaya sekiranya kita bermain mengikut arahan dan mengamalkan semangat berpasukan yang tinggi kita mampu menewaskan Perlis malam ini,” katanya.